12 Julai 2020 - 14:44
Ayatollah Khamenei Kesal Peingkatan Semula Kes COVID 19 Di Iran

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah menzahirkan rasa dukacita beliau ke atas peningkatan mendadak jangkitan coronavirus di negara itu sambil menyeru warga Iran untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan kesihatan dalam usaha untuk memutuskan rantai penularan wabak tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah menzahirkan rasa dukacita beliau ke atas peningkatan mendadak jangkitan coronavirus di negara itu sambil menyeru warga Iran untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan kesihatan dalam usaha untuk memutuskan rantai penularan wabak tersebut.

Ketika berucap di hadapan Ahli Parlimen Iran di dalam sebuah sidang video pada hari Ahad, pemimpin itu menyifatkan kebangkitan semula kes virus dan kematian berkaitannya sebagai sebuah "realiti pahit " yang harus dihadapi oleh warga Iran.

Merujuk kepada fakta bahawa negara itu semakin tersasar dari kejayaan awal mereka dalam memerangi pandemik tersebut, Ayatollah Khamenei menggesa institusi kerajaan, kumpulan bantuan dan seluruh negara untuk "memainkan peranan mereka dengan cara yang terbaik supaya kita boleh memutuskan rantaian jangkitan dalam jangka masa pendek dan membawa negara ke kembali ke arah keselamatan."

Iran menyaksikan peningkatan mendadak jangkitan COVID 19 di sebalik kejayaan awal mereka dalam membendung jangkitan virus tersebut. -Press TV